Hey, siapa kata tandas itu perlu menjadi tempat yg geli dan kotor? Adakah kerana syaitan itu suka duduk di dalam tandas? Tapi kita semua pergi ke tandas setiap hari bukan? Bukan lagi topik yang 'taboo'.
Tanda itu perlu bersih untuk keselesaan kita. Allah juga suka pada kebersihan. Oleh itu, tandas perlu bersih. kan? kan?
Tapi hari ini, cerita mengenai
teknologi di dalam tandas. Tandas di jepun ini sungguh mengakagumkan.
User-friendly, environment friendly (water-electric), dan segala macam yang friendly. (saya tak menggalakkan anda untuk menjadi terlalu friendly dengan tandas pula yer. jangan salah faham.)
User friendly, mengapa? Lampu ditandas itu akan padam kalau tak ada orang. Hanya apabila orang masuk, (movement sensor) barulah lampu akan menyala. Tak payah susah - susah nak bukak tutup lampu. Oleh itu, dia juga adalah
menjimatkan elektrik. Lagi? mengapa user friendly? ada juga tandas duduk, yang apabila didekati orang, penutupnya akan terbuka dengan sendiri. Kebanyakan tempat duduk tandas (di restoran dan sebagainya) adalah sederhana panas (warm). Supaya kita tak terkejut dengan tempat duduk yang basah dan sejuk, tempat duduknya sentiasa dipanaskan dengan kuasa elektrik yang dicucuk pada dinding.

Di tandas perempuan, ada
oto-hime , yang bermaksud puteri bunyi.
Kebanyaka
n perempuan berasa malu dengan bunyi, dan akan mengalirkan air(dengan ba
nyaknya) untuk menutup bunyi dalam tandas, ataupun flush dengan tak henti-henti. Tapi dengan
oto-hime, bunyi aliran air (flush) yang maya(audio), akan
mengelakkan dari pembaziran air disebabkan kerana perasaan 'malu' itu. >_<" Ada oto hime yang mengeluarkan bunyi
flush dan bunyi burung berkicap juga tau. Menarik bukan? ada ramai juga lelaki jepun yang tak pernah tahu tentang kewujudan oto-hime ini. =)
Untuk mencuci, hanya tekan beberapa pilihan butang untuk air, dan
voila! anda sudah siap untuk keluar.(jangan lupa tisu~ tapi ada juga tandas yang boleh mengeringkan punggung anda juga tau..(dryer)
Dengan jumlah air dan tekanan yang sesuai, ia akan mencepatkan proses dan sekali lagi,
menjimatkan air. Oleh itu, kebarangkalian untuk tandas itu menjadi basah lencun seperti di Malaysia adalah.. SANGAT SEDIKIT. Senanglah kerja tukang cuci itu kan.
Apabila anda keluar menjauhi tandas itu, dengan automatik, dia akan
flush. Ada juga tandas yang
flush dengan sendiri apabila penutupnya ditutup.

Akhir sekali, (buat masa ini, dan sehingga hari ini) ialah sinki yang menggunakan sensor pergerakan dan pengering SUPER TURBO. Air yang keluar, memang cukup
untuk
mencuci tangan. (penggunaan air yang minimum). Mesin pengering tangan akan mengurangkan pembaziran tisu bukan? Lebih baik
guna elektrik yang merupakan kuasa yang boleh diperbaharui dari tisu yang diperbuat dari pokok yang
mengambil masa bertahun- tahun untuk tumbuh hidup. Mesin SUPER TURBO itu adalah sangat bagus kerana ia hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk mengeringkan tangan anda dengan sepenuhnya.
Sampai disini sahajalah cerita saya tentang perkembangan teknologi tandas di negara ini. Syarikat tandas seperti TOTO sedang mengusahakan satu jenis tandas seramik istimewa yang dapat membersih dengan automatik (self cleaning),
anti bakteria dan banyak lagi yang sewaktu dengannya. Sungguh kreatif orang-orang Jepun ini. Mereka yang pada mulanya hanya menggunakan tandas cangkung sebelum kemasukan orang Eropah, kini telah melakukan pelbagai pembaharuan pada tandas- tandas di Eropah dan seluruh dunia.
# Harap sangat teknologi tandas ini akan sampai ke Malaysia dengan cepat. Kalau tak, lepas habis belajar nanti, saya perlu bawa balik satu washlet jepun ni untuk letak kat rumah. =)
Chatboard (0)